Senin, 03 September 2012

Resepi: Puding Roti Bakar

Assalamualaikum readers..

Apa khabar anda semua?? Alhamdulillah masih lagi dibulan syawal dan jemputan untuk rumah terbuka dan kenduri kawin masih belum putus-putus. Rezeki dibulan syawal dan bulan menambahkan berat badan..huaaaaa..sob sob sob


Today, i'm gonna share with u the recipe yang super senang and super delicious. Kalau pejam mata pun boleh buat. Ok tipu, kalau pejam mata habis semua benda dah campak kemana hala..hehe. Resepi ni saya berani kongsi dengan korang sebab menjadi dan dipuji oleh orang ramai sebab semalam rumah saya ada wat kenduri kesyukuran sikit sempena my nephew keluar wad and boleh dikatakan gathering family pun ada jugak la. Alhamdulillah, puding roti yang saya buat ni habis and siap de orang mintak resepi lagi. Malu tau uolls dok puji sangat-sangat ni..kiki..

Resepi ni saya ambil dekat internet dan saya olah kan mengikut suka hati saya..kehkeh. Tak mau cakap banyak here the recepi:


#tunjuk  gambar dlu..ni pic yang buat 3hari lepas so nampak loyang kecik je la sebenarnya buat loyang besar tp tak sempat nak amik gambar pulak..hehe


Bahan-bahan
Roti gardenia (15keping)
2sb butter
setengah cawan gula (kalau nak manis lagi boleh tambah lagi)
400ml fresh milk (saya guna brand dutch lady)
100ml susu cair
3biji telur
2sb tepung kastard
300gm kismis
200gm chocolate chip
1sk esen vanilla 


How to do:
1. First of all, sapukan keliling loyang dengan butter.
2. Potong kerak tepi roti then sapu butter depan belakang roti. Kemudian potong roti menjadi dua atau empat (saya potong 2je). dan letakkan ke dalam loyang.
3. Susun roti yang disapu butter tadi kedalam loyang. Bila susu satu layer then taburkan kismis dan choc chip untuk 2nd layer dan seterusnya pun macam tu jugak. Dah siap ketepikan sekejap
4. Panaskan fresh milk tadi kedalam periuk. Jangan sampai mendidih just panaskan sahaja lepas tu tutup api.
5. Pukul gula dan telur sampai kembang. Kemudian, masukkan tepung kastard dan esen vanilla.
6. Masukkan fresh milk yang dipanas tadi bersama susu cair then pukul lagi sehingga berbuih.
7. Curahkan bahan yang dipukul tadi ke dalam loyang roti yang disusun. Tunggu around 10minit untuk biarkan roti tu meresap ke dalam roti tadi.
8. Kemudian, bakar dalam 180darjah selama 35-40minit. Untuk 15minit pertama saya guna api bawah dulu then minit seterusnya saya tukar api atas bawah.
9. Siap!!!!


#Untuk resepi ni saya buat dalam kuantiti yang banyak sebab masak untuk kenduri kan so kalau korang kurangkan kuantiti untuk buat sikit je.


Selamat mencuba

Tidak ada komentar:

Posting Komentar