PERNYATAAN BENTUK BUMI BULAT
Lihat maksud petikan ayat al-Quran ini yang membincangkan mengenai pertukaran siang dan malam: “Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).” (Surah Luqman: 29)
Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan.
Berikut ialah maksud petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi ini bulat: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna yang sebenar; Dia juga menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya).” (Surah Az-Zumar: 5)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´kawwara´ bermakna ´untuk menindihkan´ atau ´melingkari´ - seperti serban yang dilingkarkan mengelilingi kepala. Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat seperti bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di hujung.
Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi: “Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” (surah An-Naazi´aat: 30)*
(*Perkataan Arab dahaha diterjemahkan oleh Mufti Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim sebagai ´dihamparkannya´, yang juga betul. Perkataan dahaha juga bermakna telur burung unta. Lihat ayat ini yang berkaitan dengan sifat cahaya matahari dan bulan: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya....´ (Surah Yunus: 5))
Perkataan Arab untuk telur di sini ialah ´dahaha´ yang bermaksud telur burung unta. Bentuk telur buurng unta menyerupai bentuk bumi yang geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan ialah bumi ini rata
Tidak ada komentar:
Posting Komentar