pengertian sejerah
Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca
daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari
sudut lain pula, istilah
history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang
membawa
makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.
[1]
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran
jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.[2]
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu
sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.
Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa
lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada
masa lampau.[3]
Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah
lepas dan benar-benar berlaku.[4]
Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau
manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan
tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa
yang berlaku.[5]
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah,
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo,
tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.[6]
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia
memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua
kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk
sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang
berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian
Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar),
metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran
peristiwa lalu yang dianalisa
secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.[7]
Sejarah
Berulang
Sejarah
Berulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai
satu keadaan di mana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlak pada
suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada
masa sezaman mahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap
sebagai suatu gejala yang
berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu
proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti.
Proses kitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan
kemunculan sesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian
meningkat maju sehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu
tempoh masa ia akan mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu,
dipercayai kitaran ini akan sentiasa
berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satu tempoh masa yang lain mengikut
perkembangan politik sesuatu negara.[8]
Namun demikian, persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, benarkah
sejarah itu memang berulang secara keseluruhannya? Bagi menyelesaikan persoalan
ini, perlulah kita meneliti beberapa contoh yang berkaitan dengan Sejarah
berulang.
Salah satu contoh yang kukuh adalah kebangkitan dan seterusnya keruntuhan
kerajaan Marxist Rusia. Sebelum tahun 1870, Rusia memang berada dalam era
keruntuhan. Keruntuhan itu berpunca dari ketidakseimbangan dalam politik Rusia
dan juga ketandusan pemimpin yang
cekap. Namun demikian Rusia adalah
sebuah negara yang terbesar di dunia (dengan keluasan lebih kurang 22402000 km/persegi
= 8649000 batu/persegi).[9]
Walau bagaimanapun Rusia mula muncul sebagai sebuah kerajaan Marxist yang
berwibawa selepas revolusi tahun 1917. Dengan usaha pemimpin-pemimpin mereka
seperti Lenin (1870-1924) dan Stalin (1879-1953), Rusia telah berupaya menjadi
kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua (1945). Taraf seperti ini dapat
dikekalnya sehingga bahagian pertama dekad 1980-an. Mulai pertengahan dekad
tersebut, Rusia nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Ia mula menghadapi krisis
ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpinnya pada ketika itu, iaitu Mikhail
Gorbachov memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagai Glasnost,
yang bertujuan memperbaiki keadaan ekonomi melalui beberapa pembaharuan
dasar ekonomi. Namun gerakan itu tidak menghasilkan kejayaan. Sementara itu,
gerakan politik dan ekonomi yang bertujuan menghancurkan struktur dan ideologi
Marxist di negara itu, yang pada mulanya tidaklah menonjol, telah menapakkan
kecergasannya menjelang hujung dekad tersebut. Akhirnya, pada tahun 1990,
bubarlah atau hancurlah secara rasmi Kesatuan Republik Soviet Rusia. Selepas itu
yang tinggal ialah Rusia dan gabungan beberapa republik merdeka yang dahulunya
merupakan sebahagian daripada kesatuan tersebut. Kini Rusia sedang berusaha
untuk hidup dan mengamalkan sistem
demokrasi Barat serta unsru-unsurnya yang berkaitan. Dalam pada itu, kejayaan
pihak demokrasi itu belumlah betul-betul kukuh kerana menjelang
pertengahan dekat 1990-an ini pihak komunis telah menampakkan pula kebangkitan
semula mereka.
Melihat kepada contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa proses
kitaran yang silih berganti memang
wujud dalam negara Rusia di mana terdapatnya titik kelahiran, perkembangan dan
keruntuhan di dalam pimpinan negara tersebut. Walhalnya adakah sejarah itu
berulang? Memang tidak, ini kerana daripada contoh tersebut, kita dapati sejarah
hanya berulang dari segi falsafah ataupun, fenomena sahaja, tetapi tidak
berulang secara khusus pada zaman,
waktu, tempat, pemimpin atau or ang yang sama. Malah
pernyataan ini juga disokong oleh sejarahwan, misalnya Leopold Von Ranke
sendiri mengakui bahawa setiap peristiwa sejarah itu adalah unik dalam erti kata
lain sejarah hanya berlaku sekali sahaja pada suatu
waktu yang tertentu dan dengan hal yang
demikian tidaklah ada satu peristiwa sejarah pun mempunyai persamaan yang tepat
dengan satu peristiwa sejarah yang lain walaupun nampak seakan-akan sama.[10]
Satu lagi contoh yang boleh membuktikan bahawa sejarah itu tidak berulang
dapat dikaji di dalam Malaysia sendiri iaitu Sejarah Perkembangan Pasukan
Bolasepak Malaysia di dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di
Stadium Merdeka. (Analisa dilakukan dari tahun 1986 hingga 1994).
Menjelang tahun 1986, prestasi pasukan bolasepak Malaysia mula
menampakkan peningkatan seolah-olah pasukan negara berada di ambang kejayaan.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila
pasukan negara di bawah pengurusan Dato’ Harun Idris telah berjaya menjadi
juara Pesta Bola Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka dari 18 hingga 25
Oktober, 1986 dengan menewaskan pasukan Czechoslovakia (3 berbalas 0). Kejayaan
tersebut membolehkan pasukan negara mendapat “lampu hijau” untuk
mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Seoul tidak lama kemudian.[11]
Pada masa yang sama, kejayaan tersebut benar-benar membanggakan seluruh rakyat
rakyat Malaysia dan menjadi sejarah bagi negara.
Walau bagaimanapun, selepas tahun 1986, pencapaian pasukan negara mula
menampakkan kemerosotan, terutamanya di dalam kejohanan Pesta Bola
Merdeka, sehinggakan pasukan negara terkeluar di pusingan awal lagi di
dalam kejohanan-kejohanan seterusnya dan pada tahun 1988, pasukan Malaysia
telah kecundang di tangan Korea Selatan (0-1) di dalam
perlawanan pembukaan. Senario ini telah menyebabkan pasukan Malaysia di
kritik dan di cemuh habis-habisan oleh pihak media mahupun rakyat Malaysia
sendiri. Boleh dikatakan selepas tahun 1989 bolasepak Malaysia mengalami detik
hitam dan seolah-olah mula mengalami keruntuhan.
Melibatkan keadaan ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah
berjaya merombak kembali
pimpinan persatuan tersebut. Pimpinan baru tersebut telah berjaya mengatur
program-program bolasepak yang baru, kem-kem bolasepak yang lebih baik serta
kempen-kempen bolasepak yang
berkualiti bagi mencungkil bakat-bakat
baru dalam arena bolasepak negara. Selain itu (FAM) juga berjaya membawa
masuk pakar-pakar bolasepak barat termasuk jurulatih, psikologi, teknikal dan
sebagainya bagi meningkatkan kembali imej bolasepak negara. Oleh itu, menjelang
tahun 1992, bolasepak negara berada di ambang kelahiran. Justeru itu, dalam
mengembalikan imej serta maruah bolasepak,
pada tahun 1993, pasukan Malaysia sekali lagi menyertai kejohanan Pesta
Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka dari 7 hingga 14 Jun 1993, di
bawah pengurusan Tan Sri Elyas Omar. Hasilnya, pasukan negara yang dibarisi
pemain-pemain baru itu telah berjaya menjulang kembali kejuaraan Pesta Bola
Merdeka dengan menewaskan pasukan Korea Selatan
dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3 berbalas 1. Kejayaan ini telah
membukti bahawa bolasepak negara mula berada di ambang kejayaan selepas
kebangkitan mereka sejak dari tahun 1992. Walau bagaimanapun, selepas tahun
1994, bolasepak negara mengalami keruntuhan semula.
Kejayaan bolasepak negara
pada tahun 1986 dan 1993 merupakan satu sejarah
yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Di sini kita
dapati sejarah itu seolah-olah berulang kembali, iaitu
kejayaan Malaysia pada tahun 1986 telah diulang kembali pada tahun 1993.
Adakah dengan itu kita boleh
mengatakan sejarah berulang sepenuhnya.
Jawapannya, memang terbukti tidak, sejarah tidak berulang sepenuhnya
walaupun kejayaan 1986 diulang kembali pada tahun 1993. Kalau dilihat secara
tajam, waktu penganjuran pertandingan, pengurusan serta pemain pasukan dan
jumlah jaringan pertandingan akhir yang membawa kejayaan kepada pasukan negara
pada tahun 1993 memang berbeza dengan waktu penganjuran pertandingan, pengurusan
serta pemain pasukan dan jumlah jaringan pada perlawanan akhir pada tahun 1986.
Tetapi satu perkara yang lebih jelas kepada kita ialah, dalam tempoh masa
7 tahun tersebut, berlaku proses kitaran yang silih berganti dalam bolasepak
negara iaitu berlaku pengulangan proses umum ataupun keadaan umum seperti
kelahiran ataupun kewujudan, perkembangan serta kejayaan dan akhirnya keruntuhan.
Proses kitaran ini juga menunjukkan bahawa hidup bolasepak Malaysia
sentiasa beredar di dalam satu pusingan yang tidak putus-putus di mana
ia bermula, berkembang maju dan kemudian runtuh dan selepas itu bermula
semula dengan satu sistem pimpinan yang baru. Namun apa yang jelas adalah proses
kitaran itu akan sentiasa berterusan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar